Penyertaan ke politik Samsul Adabi Mamat

Pada tahun 2018, beliau meninggalkan kerjayanya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau dipilih sebagai calon BERSATU dan bertanding di Parlimen Putrajaya melawan penyandang daripada Barisan Nasional iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau tewas kepada Tengku Adnan yang memperoleh majoriti undi sebanyak 3,372 undi. Walau bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan bersama parti Warisan Sabah. Beliau dipilih sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya.

Semasa Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan parti BERSATU umum keluar daripada PH. Beliau menyertai parti PEJUANG yang ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir. Pada tahun 2022, PEJUANG bersama BERJASA, PUTRA dan IMAN bersetuju membentuk gabungan parti politik baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau dipilih oleh PEJUANG untuk bertanding di Parlimen Gua Musang. Beliau walau bagaimanapun hilang deposit setelah mendapat hanya 371 undi. Namun dengan penyertaan beliau dalam pertandingan di Parlimen Gua Musang yang berkenaan berjaya menyumbang kepada kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah yang tewas dalam PRU ke-15 yang berkenaan hanya dengan majoriti 163 undi.

Beliau kini menandingi sebagai calon Pakatan Harapan di N26 Bukit Panau, Kelantan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).[1]